Top Menu
Language Select
  Malay  | English
W3C Color Changer
Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Font Sizer
Background Changer
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
Banner
Menu Utama Melintang
 
 
Last Updated Date
Kemaskini Pada: 24 Jul 2014
Versi 6.0.3
Footer Menu
Best Viewed
 
|

Terburuk dalam sejarah
Tarikh: 20 Jun 2013

 

SIBU: Tragedi kebakaran yang melibatkan lebih 50 buah rumah di Kampung Datu, semalam disifatkan sebagai yang terburuk pernah berlaku sejak lebih 100 tahun penempatannya di sini.

Menurut sumber, kebakaran yang dipercayai bermula dari sebuah rumah terletak di belakang surau di kampung terbabit mula merebak ke rumah bersebelahan sehingga ke rumah sebuah-sebuah di seberang jalan raya.

Difahamkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sibu Sentral yang menerima panggilan kecemasan sekitar jam 4.00 petang telah bergegas ke tempat kejadian untuk mengawal kebakaran.

Namun keadaan cuaca panas terik dan angin kencang menyukarkan kerja-kerja memadamkan api daripada terus merebak ke rumah berhampiran termasuk beberapa rumah yang terletak di Jalan Masjid.

Keadaan huru-hara mula menyelubungi kawasan kejadian apabila penduduk kampung mula cemas melihat keadaan api yang semakin mengganas.

Asap tebal yang menjulang naik dapat dilihat dari jarak sejauh lima kilometer menyebabkan langit bertukar mendung.

Dapat dilihat riak wajah penduduk yang terjejas bergegas menyelamatkan harta benda masing-masing menjadikan keadaan di jalan Kampung Datu yang agak sempit menjadi kelam-kabut.

Dalam masa setengah jam api telah meranapkan lebih kurang 15 buah rumah kayu yang dibina agak rapat antara satu sama lain.

Kedengaran juga rungutan penduduk kampung yang mendakwa kelewatan pihak penyelamat tiba di tempat kejadian memburukkan lagi keadaan.

Temenggung Datuk Wan Hamid Edruce yang ditemui di tempat kejadian meluahkan rasa sedihnya sambil memberitahu adalah tidak adil bagi masyarakat yang terjejas menyalahkan sebelah pihak sahaja.

“Saya dapati kekurangan kemudahan peralatan memadam api dan sumber tenaga turut menyumbang kepada kesukaran untuk mengawal kebakaran sebesar ini,” jelasnya.

Beliau menambah, keadaan mungkin lebih teruk jika hampir 200 keluarga tidak dipindahkan ke penempatan baharu di Kampung Datu Baru.

Menurutnya, kerajaan tidak boleh memaksa penduduk kampung yang sudah mempunyai surat hak milik tanah untuk berpindah ke penempatan baharu tersebut kerana ia perlu melalui pelbagai proses dan rundingan antara pemilik rumah sedia ada.

Usaha untuk mendapatkan pengesahan daripada pihak bomba mengenai kejadian gagal diperolehi.

Tindakan orang awam yang turut membantu pihak bomba berjaya mengawal api daripada terus merebak pada jam 6.30 petang

Belum dapat dipastikan punca dan jumlah kerugian yang diakibatkan oleh insiden ini.

Sumber Berita: The Borneo Post / Utusan Borneo