Top Menu
Language Select
  Malay  | English
W3C Color Changer
Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Font Sizer
Background Changer
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
Banner
Menu Utama Melintang
 
 
Last Updated Date
Kemaskini Pada: 25 Sept 2014
Versi 6.0.6
Footer Menu
Best Viewed
 
|

Masalah telekomunikasi di Sibu Jaya akan dibincang
Tarikh: 17 Jun 2013

SIBU - Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), Kaunselor James Laju Ambok menjelaskan pihaknya pernah mengutarakan masalah berhubung rangkaian telekomunikasi di Sibu Jaya kepada pihak terbabit.

Katanya, beliau sendiri pernah bersemuka dengan Datuk Joseph Salang Gandum ketika itu masih menjadi Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bagi menyelesaikan perkara berkenaan.

“Saya sendiri pun tidak tahu sehingga peringkat mana perkara tersebut telah diajukan, apatah beliau (Salang) tidak lagi menerajui kementerian berkenaan.

“Kalau ada penduduk Sibu Jaya yang kecewa dengan perkara tersebut, saya faham memandangkan Sibu Jaya merupakan sebuah bandar baharu dan bandar satelit,” katanya ditemui di sini semalam.

Katanya, bagi pihak MDLBS, beliau tidak mampu menyelesaikan perkara berkenaan dan berharap penduduk Sibu Jaya tidak menunding jari kepada pihaknya mengenai isu berkenaan.

Ini kerana, jelas beliau, terdapat jabatan atau agensi kerajaan lain yang bertanggungjawab untuk menyelesai isu berkenaan.

“Sejujurnya saya katakan ini bukan masalah kecil atau perkara remeh- temeh. Sebuah bandar baharu dan dikenali sebagai bandar satelit tetapi rangkaian telekomunikasi bermasalah sesuatu yang pelik,” ujar beliau.

Sementara itu, Kaunselor Awang Juing menjelaskan perkara tersebut akan dibawa ke mesyuarat penuh MDLBS dalam masa terdekat biarpun isu yang sama pernah dibincangkan sebelum ini.

Pihak berkenaan, jelas beliau, perlu berbuat sesuatu menyelesaikan perkara ini memandangkan penggunaan rangkaian telekomunikasi di bandar Sibu Jaya semakin meningkat ekoran peningkatan populasi penduduknya.

“Tinggal di kawasan bandar tetapi hendak membuat panggilan telefon pun sangat susah, kita hendak cakap apa? Belum lagi kita hendak mengekses Internet,” katanya dengan nada kecewa.

Difahamkan beberapa kawasan perumahan di Sibu Jaya tidak mempunyai rangkaian telefon. Keadaan itu mendatangkan pelbagai kesulitan terutamanya ketika berlaku kejadian kecemasan.

Ada di antara penduduknya terpaksa keluar rumah untuk mendapatkan rangkaian telefon yang lebih baik dan jelas.

 

(Sumber - Utusan Borneo)

Sumber Berita: Utusan Borneo / The Borneo Post